Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 26, 2014

Rompin: Bagi memastikan golongan muda, terutama pasangan yang baru berkahwin memiliki rumah, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) membina rumah berkembar berharga bawah RM100,000.

Gambar Hiasan

Pengerusi PR1MA Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis berkata, dengan keluasan 20 kaki lebar dan 70 kaki panjang, rumah itu dilengkapi satu bilik, ruang tamu dan dapur kecil yang boleh diubah suai pada masa depan.

Katanya, pihaknya membina mengikut pelan rumah yang mempunyai tiga bilik bagi membolehkan pembelinya melakukan ubah suai serta membesarkan rumah pada masa depan.

“Kajian menunjukkan orang muda atau mereka yang baru memulakan keluarga tidak memerlukan banyak bilik, membolehkan pihaknya menyediakannya dengan harga murah.

“Kita boleh menjualnya dengan harga bawah RM100,000 dan pembeli boleh buat ubah suai termasuk menambah bilik apabila mempunyai kemampuan.

“Melalui kaedah ini, kita boleh jual rumah dengan harga murah dan siapkannya dengan cepat,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada bakal haji, masjid serta surau dan penduduk Parlimen Rompin, di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain.

Mengulas lanjut, Jamaluddin berkata, pihaknya membina rumah model itu mulai suku keempat tahun ini dengan projek perintisnya dilaksanakan di Teluk Intan, Perak.

“Selepas itu, baru kita bina di kawasan lain bagi membolehkan lebih ramai golongan muda berpendapatan rendah memiliki rumah terutama di bandar besar,” katanya.

Beliau berkata, satu lagi mekanisme bakal dilaksanakan untuk mempercepatkan pembinaan projek PR1MA dan mengurangkan harganya adalah membangunkan tanah rizab Melayu terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur serta pinggir bandar.

“Harga tanah rizab Melayu ini separuh daripada harga pasaran dan jika kita dapat cari serta bekerjasama dengan pihak tertentu termasuk pemiliknya, sudah tentu harga rumah dapat dikurangkan kerana satu daripada faktor menentukan harganya adalah dari segi tanah.

“Kita akan kenal pasti tanah rizab Melayu yang boleh dibangunkan dengan projek PR1MA dan cadangan ini bakal dibawa kepada Perdana Menteri serta ahli lembaga pengarah untuk persetujuan,” katanya.

Sumber - myMetro

0 comments:

Post a Comment