Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 26, 2014

Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengumumkan senarai harga barang kawalan hari ini bagi menghadapi Ramadan beberapa hari lagi.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, pihaknya mengenal pasti senarai barangan berkenaan dan akan mendedahkan harga berkenaan sebelum Ramadan. 

Kami ada senarai berkenaan termasuk harga kawalan, namun saya umumkan esok (hari ini) sebelum menjelang bulan Ramadan. 

“Ia menjadi amalan kementerian untuk mengeluarkan senarai harga barang kawalan sebelum Ramadan bagi mengelakkan pihak tertentu sewenang-wenangnya memanipulasi harga barangan,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, di sini, semalam.


Hasan berkata, pihaknya juga akan mengarahkan bahagian penguatkuasaan untuk menjalankan pemantauan harga di semua pasar termasuk bazar Ramadan.


Beliau berkata, pemantauan di bazar Ramadan juga bagi mengelakkan eksploitasi harga daripada peniaga sehingga menimbulkan masalah kepada pembeli. 

“Kami sedar perkara itu dan langkah untuk mengawal isu berkenaan dibuat termasuk bekerjasama dengan beberapa pihak lain,” katanya.

Sumber - myMetro

0 comments:

Post a Comment