Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 26, 2014


Seremban: Orang ramai yang bersimpati dengan penderitaan remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, boleh menghulurkan bantuan menerusi Tabung Khas.

Tabung Khas yang ditubuhkan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu kini sudah mengumpul RM4,000.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Datuk Norhayati Omar berkata, untuk permulaan, orang ramai boleh menghulurkan sumbangan mereka di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini atau pejabat JKM kerana akaun tabung berkenaan masih dalam proses pelaksanaan.

Menurutnya, tabung berkenaan sudah menerima derma termasuk dari Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (PEKERTI) Datin Seri Raja Salbiah Tunku Nujumuddin.

“Saya menggalakkan orang ramai terutama pertubuhan bukan kerajaan tampil menghulurkan bantuan kepada Muhammad Firdaus yang menghidap penyakit ‘Celebral Palsy’ demi memastikan kehidupannya terjamin pada masa hadapan.

“Saya bersyukur kerana banyak pihak mengambil berat keadaan Muhammad Firdaus dan adiknya yang ditempatkan di wad sama di HTJ.

Saya yakin keadaan mereka berdua akan bertambah baik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, beliau bersyukur semua keperluan remaja itu dijaga dengan baik termasuk makanan dan lampin pakai buang berbanding keadaannya sebelum ini yang tidak terurus.

Beliau berkata, walaupun tempoh rawatan remaja itu dijangka mengambil masa, namun dengan bantuan semua pihak terutama hospital, beliau yakin Muhammad Firdaus akan pulih.

Gerakan Belia 4B cawangan Amar Penghulu dan Ulu Klawang turut menganjurkan perlawanan amal bola sepak, malam tadi, dalam usaha mengutip derma untuk membantu Muhammad Firdaus.

Sumber - myMetro

0 comments:

Post a Comment