Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 17, 2014

No Comment

SEMPORNA – Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran yang memusnahkan 12 buah rumah setinggan di Kampung Inabah Kamal di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Mohd Razali Awang Ahmad berkata mangsa yang dikenali Abdul Gapar Nama, 78, ditemui rentung dalam bilik mandi dalam kejadian kira-kira pukul 10.57 malam itu.

“Dua jentera bomba bersama-sama 12 anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam. Kami berjaya mengawal kebakaran pada pukul 2.23 pagi dan operasi tamat sepenuhnya 3.38 pagi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata usaha memadamkan kebakaran turut dibantu sebuah jentera dan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau.

Mohd Razali berkata pihaknya masih menyiasat punca kebakaran, anggaran kerugian serta bilangan keluarga yang terlibat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Semporna untuk bedah siasat.

Sumber: BERNAMA

0 comments:

Post a Comment