Lara
hatinya tiada siapa yang tahu. Sebelum ini Almy Nadia, sukar buatnya
meluahkan apa yang terbuku di hati, jauh sekali membuka pekung
hubungannya dengan Fizz. Luarannya nampak indah dan bahagia, apatah lagi
Fizz sudah membuka mulut dan mengumumkan akan melamar sebagai suri
hidupnya tahun ini.
Di sebalik itu, hanya Tuhan lebih mengetahui. Hubungan mereka tidak
seindah yang digambarkan, lebih banyak kepincangan daripada melakar
bahagia sejak dua tahun kebelakangan ini.
Jujurnya, Almy mengakui:
“Episod bahagia sudah lama berlalu pergi, yang hanya tinggal kini
perasaan yang sukar nak ditafsirkan. Bagi saya, Fizz meninggalkan beban
yang tidak terpikul rasanya apabila mengumumkan mahu melamar saya tahun
ini.
Sana sini orang asyik memperkatakan soal perkahwinan saya dan
Fizz, sedangkan saya sendiri tidak tahu sejauh mana kejujuran Fizz. Fizz
tidak melamar saya, tidak pernah membuka mulut soal perkahwinan.
Dia hanya memberikan kenyataan kepada pihak media, sedangkan kami
tidak pernah berbincang soal kahwin. Hubungan kami juga boleh
diumpamakan retak menanti belah sejak dua tahun kebelakangan ini.
Saya akui pada awal perhubungan dulu, saya ada mengajak Fizz berkahwin tapi ketika itu, Fizz tidak bersedia lagi.
Dia mahu berjaya dalam kerjayanya sebagai pelakon dan mengumpul
duit terlebih dulu. Saya faham, saya tahu bukan senang nak membina rumah
tangga tanpa kewangan kukuh. Tapi, lama kelamaan hubungan kami semakin
renggang, semakin jauh selepas tiga tahun bercinta.
Tiga bulan saya fikir, timbang dan kaji, saya rasa hubungan saya
dan Fizz tiada hala tuju, umpama hubungannya dengan Fizz bagaikan
gantung tidak bertali. Mereka jarang berhubung, apatah lagi bersua muka.
Nombor BBM Fizz pun saya tiada. Jadi, adakah ini yang dikatakan cinta?
Selama tiga bulan merajuk, Fizz langsung tidak mempedulikan saya, jauh
sekali nak menjenguk saya di kampung. Saya juga terasa hati, saya
langsung tidak dipelawanya kemajlis ABPBH. Fizz mahu pergi bersama rakan
dan keluarganya saja. Saya mengalah. Tapi, paling buat saya kecil hati,
Fizz langsung tidak mengingati hari jadi saya. Jadi apa harapan saya
lagi?
Almy juga mendedahkan, dia berharap Fizz tidak terus berbohong dengan
mengatakan mereka akan berkahwin, sedangkan rancangan perkahwinan tidak
wujud dan mungkin tidak menjadi kenyataan. Jangan menipu soal nikah
kahwin.
“Saya anggap pengumuman mahu melamar saya itu hanyalah gurauan Fizz.
Saya akui saya seorang yang setia, Fizz adalah ‘cinta mati’ saya, tapi
saya akur jika ini adalah takdir yang tertulis buta diri saya”, katanya.
Sunday, May 20, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment