Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 20, 2012

4 comments

Santai : Kenapa Gaji Doktor lebih mahal daripada gaji Mekanik?

Pada suatu hari, seorang doktor pakar bedah jantung yang terkenal membawa keretanya ke bengkel kereta untuk dibaiki.
 
 
Mekanik membuka injin kereta, mengeluarkan beberapa alat yang perlu diganti dan memperbaiki apa yang perlu dibaiki.

Sambil menjalankan kerjanya, mekanik mencondongkan badannya ke arah doktor yang sedang memerhatikannya seraya berkata, “tuan doktor, boleh saya tanya satu soalan?”

Dengan perasaan agak ragu-ragu, doktor menjawab, “silakan, tanyalah!”

Mekanik berkata, “tuan melakukan pembedahan ke atas jantung manusia, manakala saya melakukan pembedahan ke atas jantung kereta, memperbaiki dan membetulkan yang rosak, samalah dengan apa yang tuan lakukan. Tapi kenapa tuan dapat upah yg banyak sedangkan saya dapat upah jauh lebih sedikit daripada upah yang tuan dapat?”

Pakar bedah menghampiri mekanik lalu dengan tenang membisikkan ke telinganya, “kalau kamu benar-benar hebat, cuba baiki kereta itu tanpa mematikan injinnya!”

4 comments:

  1. ......lalu mekanik itu pn mengikut arahan doktor tersebut. dgan tidak semena-mena doktor itu pulak yg kene melakukan pembedahan ke atas mekanik itu.
    :)))

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Lalu mekanik pun berbisik semula kepada doktor tersebut "Saya lagi hebat, cuba doktor matikan pesakit pastu hidupkan balik".

    ReplyDelete