السلام عليكم و رحمة الله و بركاته…..
Saat dikatakan dalam Al Qur’an bahawa adalah mudah bagi Allah untuk
menghidupkan manusia setelah kematiannya, pernyataan tentang cap jari
manusia secara khusus ditekankan:
أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَلَّنْ نَجْمَعَ عِظَامَهُ # بَلَى قَادِرِينَ عَلَى أَنْ نُسَوِّيَ بَنَانَهُ
Artinya : “Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan
(kembali) tulang-belulangnya? Ya, bahkan Kami mampu menyusun (kembali)
hujung jari-jarinya dengan sempurna.” (QS Al Qiyamah : 3-4)
Penekanan pada cap jari memiliki makna sangat khusus. Ini kerana cap
jari setiap orang adalah khas bagi dirinya sendiri. Setiap orang yang
hidup atau pernah hidup di dunia ini memiliki serangkaian cap jari yang
unik dan berbeza dari orang lain.
Setiap orang, termasuk mereka yang terlahir kembar identik, memiliki
pola cap jari yang khas untuk diri mereka masing-masing, dan berbeza
satu sama lain. Dengan kata lain, tanda pengenalan manusia tertera pada
hujung jari mereka. Sistem pengkodan ini dapat disamakan dengan sistem
kod garis (barcode) sebagaimana yang digunakan saat ini.
Itulah mengapa cap jari dipakai sebagai kod identiti yang sangat penting
bagi pemiliknya dan digunakan untuk tujuan ini di seluruh penjuru
dunia.
Akan tetapi, yang penting adalah bahawa keunikan cap jari ini baru
ditemukan di akhir abad ke-19. Sebelumnya, orang menghargai cap jari
sebagai lengkungan-lengkungan biasa tanpa makna khusus. Namun dalam Al
Qur’an, Allah merujuk kepada cap jari, yang sedikitpun tak menarik
perhatian orang waktu itu, dan mengarahkan perhatian kita pada erti
penting cap jari, yang baru mampu difahami di zaman sekarang.
0 comments:
Post a Comment