Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 24, 2013

No Comment
GAMBAR: Sekitar Lawatan Datuk Seri Najib Razak Ke Gaza Semalam


Datuk Seri Najib Razak yang tiba semalam di Gaza telah diberikan sambutan yang cukup meriah.
Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55 kilometer dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.
Perdana Menteri  tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40 petang waktu Malaysia).
Ketibaan beliau dan Datin Seri Rosmah Mansor di pintu sempadan Rafah di wilayah Gaza disambut oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh.
Beliau kemudian memeriksa perbarisan kehormat pasukan polis Palestin seramai 150 anggota dan pegawai di perkarangan kompleks imigresen dan diperkenalkan kepada barisan anggota kabinet pihak berkuasa Gaza.
Delegasi Malaysia turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan Penasihat Agama, Datuk Abdullah Md Zin.
Pada lawatan ke Gaza, Najib juga telah dianugerah Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Al-Aqsa atas sokongan yang diberi terhadap perjuangan Palestin.
Rosmah juga dianugerah Ijazah Doktor Kehormat oleh universiti berkenaan atas kerja-kerja kebajikan beliau.
Beliau memulakan lawatan dengan mengunjungi beberapa tempat yang musnah akibat serangan Israel pada November lalu.
Selain pejabat Perdana Menteri, Ismail Haniyeh yang musnah, Najib juga turut mengunjungi keluarga Ahmed Al-Jafari iaitu Komander Briged Al Qassam.
Ahmed terbunuh apabila kereta yang dinaikinya terkena tembakan roket Israel.
Najib kemudiannya berlepas ke Kaherah bagi mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir, Mohamed Morsi.
Berikut adalah gambar-gambar ketika beliau dan rombongannya berada di sana.
trebt
imagrtree
23gaza-articleLarge
pix_gal3
PALESTINIAN-MALAYSIA-DIPLOMACY-GAZA-HAMAS
Malaysian Prime Minister Najib Razak hugs senior Hamas leader  Haniyeh during a cornerstone placing ceremony in Gaza City

image3
fwqe f
Mideast-Israel-Palest_Horo2-635x357
NajibonGazaVisit
najib-gaza-pm-palestn
najib-gaza-pertemuan-kabinet-palastin
Malaysian Prime Minister Najib Razak ugs the son of late Hamas military commander Al-Jaabari during his visit to Al-Jaabari family in Gaza City
fergre
few qfewqf
timthumb.php

0 comments:

Post a Comment