Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 24, 2013

3 comments
Dipetik dari cydasite.my sebagai peringatan kepada umum oleh SiakapKeli

Entry ini dah memang agak pekasam. Bulan lepas, masa kami jalan - jalan kat kompleks Kota Raya kat Pudu tu, masa tengah tengok - tengok handfone, Bf aku tertarik dengan sebuah kedai ni, Handfone Samsung Galaxy Ace. Penjual tu cakap, Bf aku cuma perlu bayar Rm350 dan Bf aku kena Tred-in handfone Sony Ericsson X8. Siapa tak teruja kan?kan?.

Bila Bf aku dah confirm nak beli, dia cepat - cepat buat resit dan cepat - cepat suruh Bf aku bagi Rm350 dan Sony Ericsson X8 tu.

Aku dah mula pelik bila dia minta ic kat Bf aku. Dia cakap untuk daftar Plan dengan Digi. Dia cakap, warranty Phone tu under Digi, walaupun Bf aku tak ambil plan Digi, bf aku tetap kena daftar untuk pengesahan beli handfone tu dari Digi.




Lepas tu, penjual tu buat resit yang macam kat atas ni. Kebetulan masa tu ada pasangan indian datang nak tanya - tanya handfone yang sama. Penjual tu cakap, harga handfone tu Rm850. Pelik lagi sebab penjual tu tiba - tiba bercakap dalam English.

Kemudian, penjual lagi seorang suruh kami masuk bahagian dalam kedai. Sambil - sambil tu dia terangkan resit kat atas ni. Masa tu dia kuatkan volume lagu yang dia main kat laptop kuat sangat.

Dia cakap, resit yang dia buat tu nak hantar kat Digi sebagai pengesahan pembelian, Android yang di masukkan dalam handfone tu berharga RM699.

Lepas dah hantar email tu, ada seorang lelaki yang mendakwa dari Digi centre call, dia cakap bf aku kena bayar lagi RM699 untuk dapatkan handfone Samsung Galaxy Ace tu.

Aku dan Bf aku dah mula panas hati. Kami suruh dia batalkan email tu, dia tak nak.. kami dah bangkang kata - kata penjual tu, tapi penjual tu still tak nak batalkan email tu. Setelah bertekak dengan penjual tu, dia bersetuju nak bayar RM300 pada pihak Digi.

Bf aku minta balik Handfone Sony ericsson X8 tu dan duit RM350. Dia tetap tak nak bagi. Bf aku cakap, esoknya kami akan datang balik bawak baki RM699 tu. Dia kata ok, tapi dia cuma bagi sebuah Handfone China sebagai ganti, lepas Bf aku bayar baki RM699 tu baru bf aku akan dapat Handfone Samsung Galaxy Ace tu.

Sebab takutkan benda - benda lain jadi, Kami buat report polis terus malam tu. Pukul 12.00 baru Bf aku hantar balik.




Kat atas tu adalah nama kedai tue. STORM GALAXY ENTERPRISE.

Malam tu, Bf aku siap call Digi Centre untuk check ada tak apa - apa pendaftaran di buat atas nama dia, jawapan dari DIGI centre... TIADA!!!


Maknanya, kalau ikut resit, dah 272 orang kena tipu dengan kedai ni.


Inilaa kedai tu. Kedai tu kecil je, letak sebelah kedai Aksesori wanita, dekat dinding dia ada banyak logo DIGI, tapi dia ni tak semestinya ada kaitan dengan Digi langsung! Esoknya, kami ke DIGI Centre kat Times Square, DIGI Centre buat pengesahan tiada sebarang pendaftaran apa - apa plan atas nama Bf aku.


Lepas tu, kami terus ke Tribunal Tuntutan Pengguna kat The Mall. Buat report kat situ. Tension je masa tu, dah laa dua - dua tak pergi kerja.

Lepas buat report, kertas siasatan pun keluar, yang fail warna kuning tu!. Fail warna kuning tu, setelah di cop oleh Tribunal Tuntutan Pengguna, dan ada tarikh nak naik mahkamah, ianya perlu di hantar kepada penjual tersebut. TTP bagi dua pilihan, nak hantar by hand atau Pos, Bf aku cakap hantar sendiri.

Masa nak hantar kat penjual tu, aku dah cuak takut dia buat apa - apa, bf aku suruh cool je. Masa sampai kat kedai tu, aku perasan, penjual tu dah senyum - senyum je. Lepas tu slow - slow bf aku letak kertas kuning tu depan penjual tu. Penjual tu dah cuak. Bf aku siap cakap..

" Saya dah check dengan Digi, tak ada apa - apa pendaftaran atas nama saya.. "

Penjual tu diam, dia panggil kawan dia lagi seorang. mereka tengok - tengok kertas tu, ye laa kami letak sekali salinan report polis kot. Lepas tu, penjual tu buat panggilan, lepas tu penjual tu panggil bf aku masuk dalam kedai dia, dia suruh aku masuk sekali, aku tak nak. Dah lama, aku masuk jugak. Dia suruh Bf aku batalkan dakwaan tu, tambah RM100 dan dia bagi Handfone Samsung Galaxy Ace tu.

Lepas fikir - fikir, Bf aku cakap ok. Kami pergi Ke Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna tu balik untuk batalkan report tu.

Tapi, kami tak nak batalkan report polis tu. niatnya, kami tak nak senang - senang biarkan penjual tu macam tu je.

Entry ini di tulis pun sebab aku tak nak orang lain terkena jugak. Ingat.. bila korang kena macam ni..
1-Mintak Resit yg ada nama kedai tu, dan nombor pendaftaran syarikat.
2-Report Polis & terus report kat Tribunal Tuntutan Pengguna.
3-Kalau dia suruh batalkan report, korang jz tarik report kat TTP tapi jangan tarik report kat Polis.

Tu jek. Be aware. Sakit hati aku bila ingatkannya, sampai putus - putus selipar aku dok turun naik pejabat TTP.

3 comments:

  1. Tapi apa2 pun tetap kena byr lagi RM100, rugi lagi..lain kali dah buat report biar je TTP dgn polis yg handle.

    ReplyDelete
  2. haah betol tu... sepatutnya dah wat report kat polis dan TTP tu, xyah tarik balik dah. susah2 turun naik ke TTP tu tiba2 nk tarik balik... rugi tenaga dan rugi RM100. lagi diorang senang hati xde dakwaan...

    ReplyDelete
  3. ish ish bg rm100 senang2 jer tarik report...klu aku mmg biar pihak tribunal handle...klu kira blik dh baper ko kna byr just tuk galaxy ace je kot...

    ReplyDelete