Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 26, 2013

No Comment
Hakim Buat Komen Perogol Gagal Dapat Jawatan Di Mahkamah Agung
Hakim Buat Komen Perogol Gagal Dapat Jawatan Di Mahkamah Agung - JAKARTA : Seorang hakim yang membuat gurauan bahawa perogol dan mangsa rogol sama-sama merasai nikmat gagal mendapat jawatan sebagai Hakim Mahkamah Agung.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Kehakiman, Imam Anshori Saleh berkata semalam, beliau mencadangkan supaya hakim itu, Muhammad Daming Sunusi disingkirkan kerana kenyataannya melanggar kod etika kehakiman.
Semasa disoal pada sesi ujian kelayakan untuk menduduki jawatan berkenaan pada Isnin lalu di hadapan satu panel peringkat parlimen, Muhammad menyatakan, hukuman mati terhadap perogol perlu difikirkan secara mendalam kerana ‘yang merogol dan yang dirogol sama-sama menikmati’.
Muhammad merupakan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Banjarmasin, Kalimantan Selatan.
Namun, beliau memohon maaf secara terbuka selepas menerima kecaman hebat daripada masyarakat. Beliau berkata, kenyataan itu hanya satu gurauan.
Lapan hakim baharu yang berpotensi telah diluluskan oleh Suruhanjaya III Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia pada Rabu lalu untuk menduduki jawatan tersebut.
Bagaimanapun, Muhammad tidak menerima sebarang undian. – AP

0 comments:

Post a Comment