Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 29, 2013

No Comment
Israel Ancam Serang Syria


TEL AVIV – Israel, kelmarin mengancam untuk melancarkan serangan terlebih dahulu ke atas Syria kononnya sebagai langkah untuk mengelakkan senjata kimia milik negara itu jatuh ke tangan kumpulan Al-Qaeda atau Hizbullah di Lubnan.
Amaran itu diumumkan selepas tentera rejim Zionis memindahkan sistem pertahanan antiroket, Iron Dome yang berfungsi untuk menembak jatuh roket jarak dekat ke bandar Haifa di utara negara tersebut.
Timbalan Perdana Menteri, Silvan Shalom berkata, tindakan untuk menyerang Syria itu diputuskan dalam mesyuarat khas pada minggu lalu.
“Jika senjata kimia tersebut jatuh ke tangan musuh, ia pasti akan meningkatkan lagi ketegangan di rantau ini
Kami mungkin perlu mengambil langkah drastik untuk mengelakkan ‘serangan’ yang bakal mengancam Israel,” katanya.
Sebelum ini, Israel pernah menyuarakan kebimbangan mereka jika Presiden Bashar al-Assad hilang kawalan lalu menggunakan senjata kimia milik negara itu.  – AP

0 comments:

Post a Comment