Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 24, 2013

No Comment
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) sekiranya didapati bersalah dalam kes penderaan seksual dan fizikal terhadap orang gajinya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata polis masih menyiasat kes itu dan tindakan hanya akan diambil selepas semuanya selesai bagi memberi keadilan kepada ahli majlis terbabit. 

"Sekiranya didapati bersalah, tindakan akan diambil dan kerajaan negeri akan meminta beliau meletak jawatan ahli majlis," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut meminta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim meneliti perkara itu.

Abdul Khalid berkata, anggota majlis berkenaan juga telah dipanggil untuk memberikan penjelasan dan masih dibenarkan menghadiri majlis rasmi membabitkan PBT dan kerajaan negeri.

Beliau berkata, demikian ketika ditanya berhubung tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri terhadap ahli majlis terbabit, selepas media melaporkan mengenai laporan polis yang dibuat terhadap lelaki berkenaan. 

Pada 28 September lepas, sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan melalui laman webnya menyiarkan berita mengenai seorang ahli majlis sebuah PBT di Selangor disiasat oleh polis berhubung penderaan seksual dan fizikal terhadap orang gajinya.

Laporan itu menyebut ahli majlis terbabit turut mengarahkan orang gaji warganegara asing itu melakukan seks oral terhadapnya. 

Ketua Polis Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan itu dan telah merekod kenyataan ahli majlis terbabit serta orang gajinya, menurut laporan berita itu. - Bernama

0 comments:

Post a Comment