Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota Motor) menduduki tempat pertama dalam kategori Indeks Kepuasan Jualan (SSI) berdasarkan kajian SSI Malaysia oleh J.D. Power Asia Pasifik 2013.

UMW Toyota Motor dalam satu kenyataan media memberitahu, keputusan itu berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas 2,622 pembeli kereta dari Ogos 2012 hingga April lalu.

“Kajian ini menilai kepuasan pemilik kereta baharu. Tujuh faktor yang dikaji adalah pengalaman pembelian, proses jualan, jurujual, kertas kerja, masa penghantaran, kemudahan peniagaan dan perjanjian.

“Prestasi pula berdasarkan markah indeks pada skala 1,000 mata dengan markah keseluruhan yang tinggi menunjukkan kepuasan yang besar oleh pemilik kereta,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki berkata, pengiktirafan itu menunjukkan komitmen syarikat itu untuk memenuhi kehendak pelanggan.

Beliau berkata, UMW Toyota Motor sentiasa peka terhadap keperluan pelanggan dan bersedia memberi pengalaman pemberian yang menarik kepada mereka.

0 comments:

Post a Comment