Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment

RAWANG – Meskipun tindakan sita dan kompaun telah dikenakan berulang kali, namun tiga hotel bajet di sekitar kawasan ini terus berdegil dan menjalankan operasi seperti biasa seminggu selepas itu.

Lebih mengejutkan perkara itu berlanjutan lebih lima tahun dan mereka meneruskan perniagaan walaupun tidak mempunyai permit.

Penolong Penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Megat Ainul Fadzlil Ainul Fadzil berkata, sebanyak lapan hotel bajet beroperasi di sekitar sini dan hanya dua mempunyai permit, tiga dilaporkan tiada permit sementara bakinya masih dalam proses semakan.

“Operasi yang dijalankan ini melibatkan lima premis, didapati tiga daripadanya tidak mempunyai permit kelulusan perniagaan.

“Ada di antaranya pernah diberikan permit namun dibatalkan kerana tidak mempunyai kelulusan merancang.
“Ada  juga disebabkan mempunyai rekod buruk termasuk masalah sosial, terlibat dalam aktiviti pelacuran dan maksiat menyebabkan permit mereka tidak disambung atas saranan daripada pihak polis,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, operasi berkala akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan syarat perniagaan dipatuhi.

Dalam operasi berasingan, Megat Ainul turut melakukan semakan permit perniagaan melibatkan peniaga di Karnival Deepavali peringkat Rawang yang diadakan di sepanjang Jalan Wellman di Pekan Rawang .

Karnival tersebut diadakan selama tiga minggu dan kini memasuki minggu terakhir menyebabkan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu memandangkan jalan adalah sehala.

Megat berkata, sebagai membantu melancarkan trafik anggota MPS dan Rela ditempatkan di kawasan itu bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam.

“Kenderaan yang membuat parkir bertindih akan dikenakan kompaun dan akan diangkut kenderaannya sekiranya menimbulkan kacau ganggu yang teruk kepada lalu lintas.

“Peniaga yang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran juga akan dikenakan tindakan,” katanya. – SINAR HARIAN

*Sekadar Gambar Hiasan

0 comments:

Post a Comment