Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 31, 2013

No Comment

LONDON – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu ekosistem inovasi dalam negara diperkukuh, satu usaha bagi menjadikan inovasi sebagai pemboleh utama ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

Bercakap pada Pameran Inovasi ‘Game Changers’ di sini, beliau berkata keseluruhan rangkaian bekalan perlu diperkukuh, termasuk menjalin usaha sama kukuh dengan industri, akademik, kerajaan dan rakyat.
“Kita perlu membangunkan modal intelektual kita yang kukuh memandangkan ia sangat penting.

“Kita mesti mempunyai ekosistem yang responsif supaya dapat menyediakan peluang (dan) kita mesti memberi galakan kepada rakyat,” katanya kepada lebih 100 wakil syarikat tempatan dan asing pada pameran yang berlangsung sempena Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) kesembilan di sini pada Rabu.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata banyak inovasi sudah dibuat, namun ia terhenti di peringkat penyelidikan dan pembangunan di universiti, dan memerlukan dana dan sokongan kerajaan untuk dikomersilkan.

Oleh itu penubuhan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) penting memandangkan ia dibangunkan khusus untuk memudahkan serta menjadi pemangkin untuk meningkatkan inovasi dan perubahan di Malaysia.

Antara syarikat yang mengetengahkan inovasi masing-masing pada pemeran itu ialah GENE London Ltd, KLSMC Stem Cells Sdn Bhd, QEOS Sdn Bhd dan Platinum Nanochem Sdn Bhd. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment