Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 31, 2013

No Comment

Tiada pertembungan sesama pasukan besar untuk perlawanan suku akhir Piala Liga, selepas undian dilakukan sejurus berakhirnya perlawanan pusingan keempat, awal pagi tadi.

Tottenham yang mara dengan menewaskan Hull 8-7 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2, awal pagi tadi diundi untuk bertemu West Ham pada suku akhir.

Chelsea pula yang menyingkirkan Arsenal, awal pagi kelmarin akan berdepan sama ada Sunderland atau Southampton apabila satu-satunya perlawanan pusingan keempat itu bakal berlangsung minggu depan.

Juara empat kali, Manchester United bakal berdepan Stoke, lawan sama yang ditewaskan mereka 3-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris, hujung minggu lalu.

Manakala Manchester City yang menewaskan Newcastle 2-0, awal pagi tadi akan bertemu Leicester pada aksi suku akhir.

Kesemua perlawanan suku akhir itu bakal berlangsung pada minggu 16 Disember depan.

Undian suku akhir Piala Liga:

Leicester lwn Man City
Stoke lwn Man United
Sunderland/Southampton lwn Chelsea
Tottenham lwn West Ham

0 comments:

Post a Comment