Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don, dijatuhi hukuman penjara 6 tahun dan denda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan menerima rasuah, lima tahun lalu.

Dia diarah menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Hakim, Rosbiahanin Ariffin menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguaan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Wahid didakwa menerima rasuah RM60,000 daripada Datuk Seri Low Chang Hian sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Off Jalan Duta, di sini pada jam 10.15 malam, 10 Julai 2008.

Pada 15 Oktober 2010, Mahkamah Sesyen membebaskan Wahid daripada pertuduhan itu. – BHarian

0 comments:

Post a Comment