Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, July 1, 2014

No Comment

PETALING JAYA –  Wisma Putra akan mengadakan sidang media pada Selasa bagi menangani “isu penting” ketika seorang pegawai diplomat dilaporkan dituduh melakukan serangan seksual di New Zealand.

Menurut laporan, lelaki yang berusia 30an itu didakwa mengikut seorang wanita berusia 21 tahun dan melakukan serangan ke atasnya pada bulan lepas.

Dia didakwa oleh polis New Zealand kerana merompak dan menyerang dengan cubaan untuk merogol, di mana setiap kesalahan itu membawa kepada hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Nama lelaki dan butiran kes itu yang boleh mengenal pasti identitinya telah disembunyikan oleh seorang hakim New Zealand.

Perdana Menteri New Zealand, John Key dilaporkan berkata pada Isnin bahawa “keutamaan paling kuat” adalah lelaki itu berhadapan dengan perbicaraan di negara itu.

Key berkata, majikan pegawai diplomat itu di New Zealand telah disaman oleh para pegawai menunjukkan betapa seriusnya New Zealand melihat situasi itu.

Mahkamah New Zealand kadang-kadang menyembunyikan butiran mereka yang tertuduh dalam jenayah seksual bagi melindungi identiti mangsa.

Dilaporkan bahawa para pegawai New Zealand tidak dapat memberikan alasan berhubung perintah sekatan terhadap kes berkenaan.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment