Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 12, 2014


Seperti yang kita semua tahu, anjing sememangnya sejenis haiwan yang begitu setia kepada tuannya.

Jika sebelum ini, kita banyak mendengar kisah tentang kesetiaan anjing dari luar negara, beberapa hari lepas satu kisah yang sama telah berlaku di Malaysia.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Taman Kurnia, Kluang itu melihatkan seekor anjing yang setia duduk di sisi mayat tuannya walaupun tuannya itu sudah tidak bernyawa di tepi jalan.

Punca warga emas berkenaan meninggal tidak diketahui tetapi dia antara seorang yang biasa dilihat oleh masyarakat sekeliling berjalan kaki sambil membawa sangkar yang berisi burung tekukur sambil ditemani oleh anjingnya.





Ternyata anjing itu tersangat setia dengan tuannya. Sedih bila menatap gambar anjing itu setia menemani tuannya. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment