Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 18, 2014

No Comment

NEW YORK – Syarikat penyiasatan persendirian dari Jerman yang bertindak atas arahan klien misteri, menawarkan hadiah AS$30 juta (RM96 juta) bagi memberikan bukti menunjukkan siapa menembak jatuh pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine.

Laporan USA Today semalam menyatakan Wifka, sebuah syarikat penyiasatan persendirian di Schleswig-Holstein yang mempunyai kepakaran dalam kes penipuan, berkata tawaran berkenaan adalah sah dan hadiah wang tunai itu kini sudah didepositkan ke dalam akaun di Zurich.

Dalam laman webnya, Wifka berkata, hadiah berkenaan akan dibayar di Zurich atau “di mana-mana tempat berkecuali yang menjadi pilihan pihak memberi maklumat”.

Bagaimanapun, detektif Jerman itu tidak tahu identiti klien mereka, yang dikendalikan menerusi beberapa orang tengah, termasuk salah seorang yang bercakap dengan loghat Switzerland.

Josef Resch, yang mengendalikan Wifka, memberitahu sebuah majalah bisnes Jerman, Capital bahawa syarikat terbabit sudah pun dibayar lebih AS$50,000 (RM160,000) dan memegang sejumlah AS$650,000 (RM2.08 juta) yang boleh dituntut jika ia berjaya mendapatkan pemberi maklumat.

Capital menyifatkan tawaran itu sebagai yang terbesar dalam sejarah ganjaran melebihi AS$25 juta yang ditawarkan untuk mendapatkan maklumat penangkapan Osama Bin Laden.

Laman web itu menyenaraikan beberapa maklumat yang dikehendaki klien berkenaan iaitu:

* Siapa yang menembak jatuh MH17 pada 17 Julai lalu?

* Siapa yang memberi arahan?

* Siapa yang melindungi tindakan menembak itu? (Juga, jika ia satu kemalangan dan bukan kerana motif politik, ekonomi atau ketenteraan)

* Siapa boleh memberi maklumat berhubung perkara yang menjurus kepada kejadian itu?

* Siapa terbabit secara langsung dengan kejadian itu?

* Apa yang terjadi dengan orang yang terbabit dengan kejadian itu? Apa berlaku pada senjata yang digunakan?

* Siapa boleh namakan pihak yang menyatakan kejadian itu sudah selesai? - USA Today

0 comments:

Post a Comment