Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 6, 2014



Seorang pengguna laman Facebook, Chong Bee Yock telah menulis berkenaan status yang mana merupakan luahan hatinya terhadap sebuah Toyota Vios baru yang dimilikinya.

Ayat awalnya memberi amaran kepada siapa yang mahu membeli Toyota Vios supaya berhati-hati. Berikut adalah alih bahasa dari status yang dimuat naik oleh Chong Bee Yock :


Amaran kepada pengguna yang berniat mahu membeli Toyota Vios(baru)...jangan beli sekarang sebelum anda menyesal. vios ini ada banyak masalah dan Toyota Malaysia tidak akan selesaikannya tapi terus menafikan masalah tersebut.

Wakil dari Bahagian Perhubungan Pelanggan, Mr. Wong Chee Hong; Peruding Teknikal, Mr. Ng Hua Yooi dan En. Mohd Nazri Mohd Said berada dalam kerata saya ketika memeriksa kereta saya. Ketika kami pergi ke Toyota Seremban Servis Centre. Bonggol dengan ketinggian HANYA 2 INCHI sudah ada bunyi seretan terlebih muata. Saya segera memberhentikan kereta sebelum melepasi bonggol(0KM/HR).

En. Ng Hua Yooi berkata yang kereta ini ada masalah dan akan tolong saya selesaikan masalah itu. Setelah seminggu, Mr. Won``g Chee Hong ini menelefon saya dan kata kereta ini tiada masalah! Masalah yang ada ialah saya tak boleh memuatkan 5 orang ketika menghadapi bonggol. Dia juga berkata yang Toyota tak boleh ambil orang jika tak mahu ada masalah ini. Dia cuma mengarut. Entah apa-apa.

Toyota Vios juga kuat makan minyak. Bila saya beli kereta ni, mereka kata yang kereta ni hanya guna RM0.17/KM tapi saya guna RM78 untuk memandu 308KM! Ini bermakna saya guna RM0.25/KM(78÷308). Kereta Honda City 1.3 Auto 1997 milik saya hanya guna RM70 untuk 371KM. Honda City lama ni hanya guna RM0.18/KM. Toyota hanya tahu menipu pelanggan untuk beli kereta yang kualitinya lebih teruk dari Proton Malaysia. En. Mohd Nazri Mohd Said mengaku yang kereta ni ada masalah pada mulanya, tapi bila mereka tak boleh buat apa-apa, mereka kata kereta ni tak ada masalah.

Toyota Vios juga ada masalah bunyi bumbung bila hujan. Sama seperti pengguna Toyota Malaysia guna tin Milo sebagai bumbung Vios. Bila hujan, penggera akan 'trigger' dengan automatik. Adakah kereta Proton lagi teruk dari ni? Tidak! Mereka telah memeriksa kereta saya selama 9 bulan mereka cuma menyelesaikan masalah penggera dan bumbung. Masalah makan minyak dan bunyi geseran lebih muatan masih tak boleh diselesaikan dan disimpulkan yang Toyota Vios tak ada masalah!

Mr. Ng Hua Yooi kata yang cara pemanduan yang bermasalah. Saya dah memandu lebih dari 30 tahun. Bila saya pandu Toyota Vios = Ada Masalah. Bila saya pandu Honda City = Tak Ada Masalah. Sekarang ni TOYOTA VIOS YANG BERMASALAH KE SAYA YANG BERMASALAH!?





Jika benar dakwaan ini, rasaya pihak Toyota perlu buat penyiasatan. Bagi sesiapa yang dalam perancangan untuk membeli Vios, mungkin anda perlu berfikir dua kali? - SiakapKeli.com

35 comments:

  1. Dulu bukan main lagi rakyat malaysia ni dok kutuk kereta proton,bukan semua la tapi segelintir jer...
    Usahawan Prepaid

    ReplyDelete
  2. Really, sye mg minat toyota brand, tapi kenapa pihak toyota tak dapat nak selesaikan masalah ini? Ini buatkan pelanggan ragu-ragu tuk membeli brand toyota selepas ini.

    ReplyDelete
  3. Dh2 le tu beli kereta luar negara..baik support proton and perodua..kualiti kereta negara kita pun dh brtmbah baik^^

    ReplyDelete
  4. kamu tu yang banyak masalah!..saya sudah pakai toyota nie dari zaman berzaman..peliknya takde plak masalah..sekarang nie pun sy menggunakan vios baru..bagus minyak jimat,conering stabil,noise dlm cabin pn slow....bagi saya masalah kamu ni...adalah OVERWEIGHT carrie...kamu kena tahu max weight yg boleh di bawa....kalau dah OVERWEIGHT...kamu bawak lori pun akan cepat rosak...minyak kuat,suspension cepat rosak...conering x stabil...dll lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tu yg bermasalah Wan Khairul ..Baca dok bodoh x faham ...... " Bila hujan, penggera akan 'trigger' dengan automatik. Adakah kereta Proton lagi teruk dari ni? Tidak! Mereka telah memeriksa kereta saya selama 9 bulan mereka cuma menyelesaikan masalah penggera dan bumbung. " penggera nie pun masalah pengguna ke? bangang x bertempat..baca dan paham dulu la bahlul

      Delete
    2. bisala tu x pham soalan.. hahahaha

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Terserlah sangat bongoknya... lain kali baca betul2... jangan nak main tembak je... kan da x kena...

      Delete
    5. tu salesman toyota tu.. bukannya pengguna pun..

      Delete
    6. masalah penggera tu mmg masalah overweight kot...wakakakaka

      Delete
  5. Umum mengetahui quality dan teknologi toyota M'sia x samer dengan toyota Jepun. Sebab itu toyota M'sia tidak boleh dijual di sana. Tapi harga jualan jika dicongak kasar lebih kurang sama saja.

    ReplyDelete
  6. Siyes...promoter die pon tak mesre pelanggan..lol (lari topik)
    Best lagi honda..huhu

    Actually..nasib la...kawan ramai pakai..buat mase ni mereka masih berpuas hatila.dgn toyota vios ni....nasib la..dlm 100 yg bli 2 mesti terkene mcm ni...same gak proton..org komplain..bumbambumbam..tpi bile apak aku pakai ok jerr...nasib..nasib..

    ReplyDelete
  7. saya setuju dengan mr chong,saya menghadapi perkara yang sama sejak pakai VIOS TRD kira2 dua bulan lalu

    ReplyDelete
  8. Sy jugak setuju dgn mr chong..bila hujan alarm berbunyi..n then bila naik even penumpang seorg pon kat belakang dh bgesel bila naik bonggol yang tak berapa tinggi..sometime jd bila nk kunci kete berbunyi dari dalam..tak boleh nk kunci..kena start pastu off pastu start...suami pon merungut2 sebab dia lelaki dia lebih tahu pasai kete...sekarang ada terkeluar warna merah kat meter tanda kereta di lock...sedangkan masa mula2 beli okie jew..

    ReplyDelete
  9. Dalam 1000 ade 1... mana2 brand pon xkn ade yg sempurna...

    ReplyDelete
  10. Saya tak kutuk proton, tapi saya kutuk undang2 yang bagi muka sangat pada proton. Kalau kualiti kereta barat yang lebih dari proton tapi harga tanpa tax sama jer dengan kereta proton, itu maknanya ambil kesempatan.

    Mentang2 kereta asing mahal, kau naikkan harga kereta proton melebihi harga yang sepatutnya. Kalau bayi diberi tongkat takkan dia mahu belajar berjalan betul. Kereta Nasional itu untuk kebaikan rakyat atau untuk ambil kesempatan pada rakyat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. undang2 apa yg ko ckp beri muka pd Proton? tax dan eksais tinggi Proton kena bayar sama shj dgn company lain. Malah Proton skrg tidak diberikan apa2 geran peyelidikan lagi walaupun ia kereta nasional yg kena pikir tgjwb sosial pd negara jugak.
      Ko ni bodoh reti bace ke isu topik atas isu Toyota.. apehal ko terjah Proton.. Proton punya volume export rendah, so kos sgt tinggi, bodoh lah ko ni ckp Proton naikkan harga? bodoh mcm lembu. Sikit2 nk salahkan itu ini.. kalau dh nk beli sgt keta luar beli je lah.. xpyh nk sebut pasal Proton or whatever fitnah utk jatuhkan reputasi Proton.

      Delete
    2. Izham Mohd yang pandai tapi kurang pendidkan agama . ops ..

      Delete
  11. Honda 1.3 vs vios 1.5? For sure ada beza penggunaan petrolnya..
    Vios vs proton? 2-2 ok je, sy pengguna kedua2 jenama ni.. nak jimat minyak, tgok cara pemanduan jugak..kalau asek tekan brek n pecut, kereta apa pun hirup minyak..

    ReplyDelete
  12. Utk pengetahuan umum, ini berlaku kerana suspension tuning hanya dibuat di negara asal r&d nya shj..tidak seperti P1 n P2, mereka sudah buat road survey, dan tuning suspensionnya adalah sesuai dgn permukaan jalan di malaysia.. so, kalu ikot komplen dlm artikel ni.. benarlah toyota malaysia tidak akan mampu buat apa2..

    ReplyDelete
  13. stakat ni ok sja saya bawa..jimat minyak..cuma bumbung saja bising bila hujan..x sound proof..

    ReplyDelete
  14. After consult wt Toyota 1st batch New Vios 2014 only having this type problems..after diagnose by Toyota strt frm 2nd batch Vios is Perfect..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3rd is body skin too thin cause noise , and suspension almost same with 1st generation. But when i test drive got feel abit heavy.

      Delete
  15. I not really understand what she say that about 'Bonggol dengan ketinggian HANYA 2 INCHI sudah ada bunyi seretan terlebih muata. Saya segera memberhentikan kereta sebelum melepasi bonggol(0KM/HR).' That mean she stop before over bonggol or stop after bonggol ?if stop before bonggol mean not yet passby , but then how come she hear that abnormal noise ? And how she driving 1st ? I saw Most toyota user passby the bump no step on brake at all or only step on brake but car still 400kmh+ to pass the bump.

    ReplyDelete