Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 13, 2014



WASHINGTON – Agensi Perisikan Pusat (CIA) berkata, kumpulan militan Negara Islam (IS) dianggar memiliki hampir 20,000 hingga 31,500 anggota di Iraq dan Syria berbanding jumlah anggaran sebelum ini sebanyak 10,000 orang.

Kira-kira 15,000 daripada militan berkenaan pula terdiri daripada warga asing termasuk kira-kira 2,000 orang dari negara Barat yang turut menyertai IS, kata pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS) kepada AFP.

Angka tersebut telah didedahkan sehari selepas Presiden AS, Barack Obama berikrar menghapuskan pelampau IS termasuk rancangan melakukan serangan udara terhadap kumpulan berkenaan di Syria iaitu selepas bertindak ke atas kumpulan itu di Iraq.

“Berdasarkan kajian dan maklumat yang diperoleh daripada semua sumber perisikan dari Mei hingga Ogos, kumpulan militan IS mampu mengumpul antara 20,000 hingga 31,500 anggota di Iraq dan Syria,” kata jurucakap CIA, Ryan Trapani dalam satu kenyataan.

“Peningkatan jumlah itu disebabkan oleh usaha merekrut yang dibuat secara besar-besaran sejak Jun lalu, diikuti dengan kejayaan yang dicapai oleh IS, pengisytiharan kerajaan khalifah serta aktiviti peperangan dan kekuatan perisikan,” katanya.

Pegawai-pegawai kanan AS pula menyuarakan kebimbangan anggota militan berkenaan yang memegang pasport negara barat berpotensi kembali daripada medan peperangan dan kemudian melakukan serangan di Eropah atau AS.

Militan IS telah berjaya menguasai sebahagian besar wilayah di Iraq dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini selain mendedahkan video hukuman memenggal kepala secara kejam terhadap dua wartawan AS. – AFP/Kosmo!

0 comments:

Post a Comment