Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 12, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Bimbang tidak boleh bangun awal pagi untuk menyaksikan majllis pelancaran satelit terbaru negara, Measat-3b, seorang Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam di Selangor, Shafizy Shafiee memilih untuk berjaga sepanjang malam.

Pelajar tingkatan lima jurusan sains tulen itu tahu beliau perlu bersiap seawal mungkin kerana tidak mahu terlepas bas yang akan membawanya ke Pusat Sains Negara, di sini bagi menyaksikan secara langsung pelancaran satelit berkenaan dari Kourou, French Guiana.

“Saya pasti terkilan jika tertinggal kerana saya antara orang terawal yang mendaftar nama untuk menyertai program itu, memandangkan hanya 40 tempat disediakan untuk pelajar tingkatan lima,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Shafizy, 17, yang baru tamat menduduki peperiksaan Matematik Tambahan sekolahnya pada 10.30 malam semalam juga memberitahu, beliau mengulang kaji pelajaran bagi menghilangkan rasa mengantuk.

“Tak apa berjaga (semalam) sebab esok dah bermula cuti selama seminggu… jadi boleh qada’ (tidur) semula,” katanya menambah, beliau tidak sabar untuk berkongsi pengalaman itu dengan dua adiknya apabila pulang ke rumah di Shah Alam.

Shafizy merupakan antara 400 pelajar dari seluruh negara yang dijemput untuk menyaksikan pelancaran itu di sini, yang diadakan serentak dengan pelancaran Measat-3b di European Spaceport di Kourou, French Guiana.

Satelit terbaru itu – merupakan yang terbesar dan paling canggih setakat ini – dilancarkan pada 6.05 pagi, dan mendapat tepukan gemuruh daripada mereka yang berada di Pusat Sains Negara.

Turut hadir, duta besar Perancis di Malaysia Maritine Dorance, Pengarah Pengendali satelit Measat Global Berhad (MEASAT) Tun Hanif Omar dan PengarahPusat Sains Negara Prof Madya Dr Irmawati Ramli.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor Puteri Nurhusnul Fakira Mohd Faisal, 16, memberitahu beliau mandi seawal 12.15 tengah malam kerana enggan berebut bilik air dengan rakan lain.

“Rasa teruja sangat nak tengok pelancaran satelit, kerana perkara ini bukan berlaku setiap tahun. Walaupun hanya di skrin besar, perasaan bangga tetap ada,” katanya.

Perasaan sama turut dirasai rakannya, Amirul Najhan Noor Hisham, 16, yang berhasrat menjadi seorang angkasawan atau jurutera roket kelak.

Bagi pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra di Perlis, Abdul Hadi Mohammad Zinurin, 16, beliau bertuah kerana terpilih antara empat pelajar yang diberi peluang untuk menyaksikan detik bersejarah untuk negara itu.

Abdul Hadi berkata mereka yang diiringi seorang guru bertolak dari Kangar pada tengah hari semalam dan bermalam di sebuah hotel kerana bimbang tidak sempat sampai pada waktunya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment