Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 5, 2014


KUALA TERENGGANU – Polis mendapat perintah sambung tahanan reman selama tujuh hari terhadap suspek rogol anak kandung di Jertih, Besut, oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret, semalam.

Suspek direman sehingga 10 September depan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret, Rusila Nik.

Suspek sebelum ini direman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu.

Lelaki 41 tahun itu didakwa merogol anak kandungnya sejak empat tahun lalu, ketika mangsa berusia 13 tahun.

Namun disebabkan tidak tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya sendiri, pelajar tingkatan empat itu nekad melaporkan perbuatan keji suspek kepada polis di Balai Polis Jertih, Khamis lalu.

Mangsa mendakwa kali terakhir dia dirogol iaitu pada 27 Ogos lalu ketika mangsa sedang tidur kira-kira jam 2 pagi di rumah mereka. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment