Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 16, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Akibat tidak berpuas hati dengan bekas majikannya, seorang pesara sebuah agensi kerajaan bertindak menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengandungi ancaman terhadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KKPA) kepada orang ramai secara rawak.

Bagaimanapun, lelaki berusia 50 tahun itu akhirnya ditahan polis kira-kira pukul 5 petang di rumahnya di Bandar Teknologi Kajang dekat sini semalam.

Menurut sumber, lelaki yang mempunyai masalah mental itu bertindak sedemikian setelah mendakwa majikannya memaksa dia bersara awal pada 1 Ogos lalu ketika berusia 50 tahun.

"Dakwanya lagi, dia telah menandatangani perjanjian untuk bersara ketika berusia 60 tahun," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber itu berkata, perbuatan lelaki terbabit dipercayai tiada kaitan dengan mana-mana kegiatan pengganas namun dia hanya bertindak bersendirian.

Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah.

0 comments:

Post a Comment