Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 13, 2013

No Comment

SERI KEMBANGAN – Sebuah kereta jenis Honda Accord yang dilarikan di Seberang Prai, Pulau Pinang pagi Sabtu lalu berjaya ditemui semula selepas lima jam pemiliknya membuat laporan kepada pihak polis.

Sinar Harian difahamkan, kereta berkenaan ditemui di Taman Universiti Indah oleh anggota polis yang sedang melakukan rondaan pencegahan jenayah selepas melihat pemandu kenderaan itu dalam keadaan mencurigakan.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, anggotanya memerhatikan kereta itu dan melihat sebuah lagi kereta jenis Toyota Vios diletakkan dalam keadaan mencurigakan di tempat letak kereta di kawasan pangsapuri.

Pihak polis kemudiannya melakukan pemeriksaan dan mendapati kereta tersebut telah dilaporkan dicuri pada hari yang sama ia ditemui.

“Dua lelaki masing-masing berusia 27 dan 34 tahun kemudiannya ditahan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu kereta Toyota Vios adalah rakan suspek,”katanya.

0 comments:

Post a Comment