Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 25, 2013

No Comment
London: Pengurus Tottenham Andre Villas-Boas menegaskan spekulasi yang semakin memuncak membabitkan perpindahan Gareth Bale tidak akan menjejaskan perlawanan Liga Perdana Inggeris pasukannya menentang Swansea malam ini.

Bale tidak akan hadir ke White Hart Lane apabila pemain Wales itu semakin hampir untuk menyertai Real Madrid dengan harga yang dilaporkan memecahkan rekod dunia iaitu sekitar £85 juta (RM436.8 juta). 
Spekulasi semakin memuncak mengatakan Bale akan diperkenalkan di Madrid semalam selepas pasukan gergasi Sepanyol membina pentas di stadium Bernabeu tetapi Spurs dikatakan enggan meluluskan perpindahan itu selagi mereka belum mendapatkan sekurang-kurangnya seorang pemain untuk menggantikan tempat pemain Wales itu. 

Itu bermakna impian Bale untuk berpindah terpaksa ditangguhkan beberapa hari lagi memandangkan persediaan menanti kunjungan Swansea juga turut dibayangi isu perpindahan Willian ke kelab lain.

SOLDADO (tengah) antara pemain yang mampu ubati kehilangan Bale.

Tottenham dipercayai sudah mendapatkan Willian dengan harga £30 juta (RM154.1 juta) daripada Anzhi Makhachkala tetapi pemain Brazil itu dikatakan memilih Chelsea walaupun dia menjalani pemeriksaan kesihatan di Spurs.

0 comments:

Post a Comment