Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 25, 2013

No Comment
Bota: “Sungai ini menjadi saksi percintaan kami yang terjalin sejak di bangku sekolah. Hasrat kami untuk berarak di sungai pada hari istimewa ini akhirnya menjadi kenyataan,” kata Mohammad Kamil Zolkapely, 26, yang diarak menyusuri Sungai Perak bersama pasangannya, Norsila Radzuan, 23, di sini.

Menurut Kamil, tujuan utama perarakan itu untuk mengabadikan hari perkahwinan mereka di sungai itu berikutan kisah percintaan mereka bermula di situ. 
“Dulu, jambatan bagi menghubungkan kami ke kampung Bota Kiri belum dibina dan bot adalah pengangkutan utama bagi kebanyakan penduduk untuk menyeberangi sungai. 

“Namun apabila hari pernikahan makin hampir, tiba-tiba terdetik melakukan satu kelainan dan secara tidak langsung muncul idea untuk menaiki rakit ke rumah pengantin perempuan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

PASANGAN pengantin diarak oleh anggota penyelamat menaiki rakit ketika menuju ke rumah pengantin perempuan.

Menurut Kamil, perarakan sejauh lima kilometer itu bermula di jambatan Cempaka Sari menuju ke rumah pasangannya di Sungai Sadang, di sini, sambil diiringi beberapa anggota penyelamat bertauliah.

0 comments:

Post a Comment