Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 13, 2013

No Comment

KUANTAN - Masyarakat Islam di negara ini diminta mengambil iktibar dari perbalahan yang sering berlaku hingga mengorbankan nyawa di Iran dan kini Syria akibat masyarakatnya mengamalkan dua fahaman iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah.

Menasihatkan demikian, Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman berkata, pewartaan fatwa anti Syiah di negara ini dapat mengelakkan perbalahan seumpama itu.

"Kita berpegang kepada al-Quran, Sunnah dan Hadis Rasulullah sebagai pegangan hidup...berbeza dengan mereka apabila (dikatakan) berpandukan al-Quran tetapi menolak yang lain," kata Abdul Rahman di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) mengambil tindakan segera bagi mengekang penyebaran fahaman Syiah.

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang mengeluarkan arahan mengharamkan segala bentuk penyebaran fahaman berkenaan di kalangan masyarakat Islam di negeri ini, katanya.

Beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan yang cuba menyebar fahaman terbabit. - Bernama

0 comments:

Post a Comment