Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 1, 2013

No Comment
Kuala Lumpur: “Bukan cemburu dengan jumlah gaji yang pemain sekarang terima tetapi mereka (pemain) sepatutnya mampu mempamer aksi setanding dengan jumlah berkenaan,” kata bekas pemain kebangsaan, Reduan Abdullah.

Beliau yang juga bekas jurulatih dan kini berkecimpung sebagai pengulas sukan itu mewakili Malaysia pada era 70-an dan ketika itu, imbuhan yang diterima di peringkat negeri tidak begitu besar apatah lagi kancah bola sepak negara masih belum memasuki profesional sepenuhnya.

“Dulu kami menerima gaji dalam kadar sederhana saja. Tidak seperti sekarang tetapi kami dulu bangga menyarung jersi kebangsaan dan itulah yang diimpikan oleh semua pemain. Kami dulu berusaha keras untuk meningkatkan tahap permainan masing-masing bagi membolehkan dipilih untuk mewakili negara.

“Sekarang, apa yang saya lihat, pemain kita seolah-olah selesa dan cepat berpuashati. Mungkin disebabkan gaji mereka besar dan tidak perlu bekerja keras. Kemasukan pemain import sepatutnya membantu dengan cara melahirkan persaingan sihat di kalangan pemain tetapi itu tidak berlaku.

Reduan Abdullah

“Itulah yang saya kesalkan kerana apabila menerima gaji lumayan, setiap pemain sepatutnya menunjukkan persembahan yang setanding dengan gaji dan bukannya bermain separuh hati saja,” katanya.

0 comments:

Post a Comment