LAGU ‘Infiniti Cinta’ yang kerap berkumandang di corong radio kini sekali lagi menampilkan kolaborasi Kaka Azraff dan Zizan Razak selepas ‘Bawaku Pergi’, sekaligus mengundang persoalan benarkah Kaka ingin menumpang populariti dan pengaruh Zizan?
Memetik laporan GUA, Kaka menjelaskan bahawa dia sememangnya senang dengan Zizan sejak dari mula berkolaborasi dengannya.
Namun, jangan salah faham kerana ‘senang’ yang dimaksudkan ialah dari segi kerja.
“Dia banyak memberi saya tunjuk ajar, dah macam cikgu dan abang saya pun ada. Tapi saya tidak menolak jika diberi peluang untuk berkolaborasi dengan penyanyi lain.
“Saya akui Zizan memang seorang yang kelakar dan suka melawak sepanjang masa. Malah, ketika dia marah pun, dia sampaikan dengan cara yang kelakar. Tapi saya sebagai orang yang sudah mengenali dirinya, saya tahu membezakan apa yang sepatutnya saya ambil serius dan perkara yang mana hanya gurauan. Walau apa pun saya memang senang bekerja dengan Zizan,” ujarnya.
Anak saudara kepada Ratu Rock, Ella ini juga menjelaskan bahawa dia sudahpun merakamkan single solonya yang berjudul ‘Terpulanglah’ dan bakal dikeluarkan Oktober nanti.
0 comments:
Post a Comment