Nampaknya video makian yang dimuat naik oleh isteri Mat Yo meraih perhatian yang bukan sedikit daripada masyarakat Malaysia.
Terbaru, bermacam-macam parodi (perbuatan mengajuk) dibuat oleh kebanyakan pengguna Internet sebagai respons terhadap insiden yang disifatkan sebagai kurang ajar dan tidak reti menghormati orang tua.
Antaranya terdapat sebuah video parodi seorang lelaki yang membuat permohonan maaf sambil mengajuk perkataan yang sering kali diucapkan oleh isteri Mat Yo, Siti Aisya Adam seperti ‘pak cik ini bodohlah’ dan ‘jantan dayus’.
Selain itu, menerusi laman Instagram Faiz Dickie, dia mengolah semula video tersebut dengan menunjukkan insiden di mana Mat Yo dibelasah akibat tidak mengambil apa-apa tindakan berhubung tindakan biadap isterinya itu.
Kreatif-kreatif orang kita ni kan, ada sahaja idea nak troll orang.
Diharapkan insiden ini dapat memberi pengajaran kepada semua pihak di luar sana untuk sentiasa hormat-menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira pangkat dan status yang dimiliki.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment