Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 12, 2013

No Comment

PUTRAJAYA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) meminta supaya tempoh bayaran balik maksimum pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan di lanjutkan.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, kerajaan perlu menimbangkan semula tempoh bayaran balik maksimum pinjaman peribadi dari 10 tahun ke sekurang-kurangnya lima belas tahun untuk penjawat awam.

“Ini bagi menjaga kepentingan kakitangan kerajaan yang terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi setiap bulan apabila tempoh itu dipendekkan.

“Selain itu ia menjejaskan perniagaan koperasi sebagai entiti peniagaan apabila seseorang kakitangan awam tidak mampu membuat pinjaman,” katanya di sini semalam.

Bank Negara Malaysia (BNM) pada 5 Julai lalu menetapkan tempoh pinjaman peribadi maksimum di Malaysia dihadkan selama 10 tahun manakala pinjaman pembelian rumah dihadkan selama 35 tahun.

Sebelum ini, had tempoh pinjaman peribadi ialah 25 tahun manakala pinjaman pembelian rumah ialah 45 tahun.

Gabenor Bank Negara  Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dipetik berkata, langkah itu bertujuan mengekang hutang isi rumah ketika ini berada pada paras 83 peratus daripada keluaran dalam  negara  kasar (KDNK

Abdul Fattah seterusnya berkata, 99 peratus daripada 2 juta ahli koperasi adalah penjawat awam dan tindakan memendekkan tempoh pinjaman peribadi maksimum menjejaskan kakitangan kerajaan kerana tidak lagi mampu membuat pinjaman.

Dakwanya, tindakan tersebut juga menyebabkan sebanyak 389 koperasi sedia ada tidak boleh menjalankan perniagaan dan memperolehi dividen.

0 comments:

Post a Comment