KUALA LUMPUR — Mitsubishi Motors Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi, hari ini melancarkan varian Triton VGT GS dan GL baharu.
Dalam kenyataan hari ini Mitsubishi berkata Triton diperakui sebagai antara trak pikap yang menawarkan pengendalian terbaik dalam pasaran.
“Ia merupakan kejayaan hebat, mewujudkan trend baharu dengan enjin berkuasa tinggi, keselesaan memandu selain ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat. Setakat ini terdapat lebih 40,000 pemilik kenderaan itu di Malaysia,” kata pengedarnya.
Ia berkata varian Triton GL yang diimport sepenuhnya berharga RM99,617.60 atas jalan tanpa insurans, dan warna ‘Cool Silver’, ‘White Solid’ dan ‘Black Mica’.
Sementara itu, varian GS berharga RM106,835.60 atas jalan, dengar pilihan warna ‘Red Solid’, ‘White Solid’ dan ‘Black Mica’, dengan pemiliknya akan menikmati jaminan tiga tahun/100,000 km selain pakej penyelenggaraan percuma dua tahun Mitsubishi.
Mitsubishi berkata barisan penuh Triton kini meliputi Triton Heavy Duty (untuk kegunaan komersial), Triton Single Cab, Triton VGT 2.5-liter 4×4 Automatic, 2.5-liter 4×4 Automatik dan manual, dan Triton LITE Turbo 2.5-liter 4×2 Manual.
0 comments:
Post a Comment