Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 26, 2013

No Comment


KUALA LUMPUR – Pelumba Kejuaraan Motosikal Super Siri Malaysia (MSS) 2013, Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini, lima hari selepas terbabit dalam kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Bernama berkata pelumba berusia 17 tahun itu meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Dalam insiden Sabtu lepas, Muhammad Izzat, yang beraksi dalam kelas 250cc, dipercayai gagal mengawal jenteranya di laluan lurus sebelum terbabas dan melanggar marsyal perlumbaan S. Satish, 44, pada pukul 12.30 tengah hari sebelum berakhirnya sesi latihan.

Satish meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada hari yang sama selepas mengalami kecederaan serius di kepala manakala Muhammad Izzat, yang turut mengalami kecederaan parah, dihantar ke HKL.

Berikutan kemalangan itu, perlumbaan pusingan keempat MSS 2013 ditangguhkan.

Sementara itu, SIC ketika mengucapkan takziah, berkata pemergian Muhammad Izaat adalah satu kehilangan besar kepada sukan permotoran negara kerana anak muda itu menunjukkan potensi yang besar untuk menjadi pelumba hebat di masa depan.

“SIC berkongsi berita kesedihan mendalam ini dengan pemergian pelumba Piala Ninja SIC ini dan kami akan membantu urusan penghantaran jenazah melalui penerbangan ke kampung halamannya di Kuala Terengganu,” kata SIC dalam kenyataan di sini.

Muhammad Izzat mengikuti Program 250 Piala Ninja SIC tahun ini dan berlumba secara aktif sejak 2006.

Program itu dimiliki oleh SIC dan disokong oleh Kawasaki.

Kejadian itu merupakan kali kedua berlaku di Litar SIC selepas pelumba MotoGP, Marco Simoncelli, 24, terbunuh semasa perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia pada 23 Oktober, 2011. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment