Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 29, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP. Lim Kit Siang mendakwa Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sedang berusaha meraih undi penyokong bekas Bekas Presiden MCA Tun Dr. Ling Liong Sik bagi memenangi pemilihan MCA pada Disember ini.

Beliau mendakwa, usaha itu boleh dilihat apabila Tiong Lai mempertahankan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Liong Sik daripada tuduhan menipu kerajaan Malaysia membabitkan pembelian tanah seluas 335.8 hektar berjumlah RM1.08 bilion bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

“Saya tidak rasa kenyataan saya (mengenai kes itu) sebelum ini rumit dan sukar untuk difahami beliau. Tiong Lai hanya berminat untuk bersaing dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek pada Disember ini bagi mendapatkan undi perwakilan MCA dalam kalangan penyokong Liong Sik.

“Apakah ini pendirian rasmi MIC bahawa skandal PKFZ adalah “jenayah besar tanpa penjenayah” dan tidak perlu diselidiki siapa yang bertanggungjawab atas “ibu segala skandal” itu,” soalnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Media semalam melaporkan Tiong Lai menyifatkan Kit Siang sengaja mengelirukan orang ramai berhubung penghakiman Mahkamah Tinggi atas pembebasan Liong Sik atas tiga tuduhan menipu Kerajaan.

Tiong Lai mendakwa pemimpin veteran DAP itu berbuat demikian dengan hasrat untuk menjejaskan MCA.
Liong Sik yang juga bekas Menteri Pengangkutan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada tuduhan menipu kerajaan Malaysia membabitkan pembelian tanah seluas 335.8 hektar berjumlah RM1.08 bilion bagi projek PKFZ pada 25 Oktober lalu.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi memutuskan demikian setelah mendapati bekas menteri Kabinet itu yang diwakili oleh peguam Wong Kian Kheong berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan utama dan dua pertuduhan pilihan yang dihadapi tertuduh.

0 comments:

Post a Comment