Tahniah diucapkan buat penyanyi berkulit hitam manis, Nurul Depp dan suaminya, Eric Depp di atas kelahiran anak lelaki mereka pada jam 10.28 pagi tadi.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri Nurul menerusi laman blognya.
Bayi yang diberi pangkal nama Z itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.026 kilogram.
Nurul, 36, sempat berkongsi perasaannya dengan kelahiran anak keduanya yang berjalan lancar dan mudah buat dirinya.
Sebelum ini hasil perkahwinannya dengan komposer Ajai, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah yang kini sudah pun berusia 15 tahun dan sedang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).
Untuk makluman, Nurul dan Eric, 48, jejaka kelahiran Perancis diijabkabulkan pada 6 Jun tahun lalu di Duchess Place, Jalan Ampang.
Buat masa ini, Nurul belum bersedia berkongsi gambar puteranya itu dan akan melakukannya kelak untuk tatapan peminat setianya.
Tahniah diucapkan buat Nurul dan suami!
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment