Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

Pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Syafiq Kyle pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan pelakon senior, Jue Aziz namun tuan punya badan sudah pun membuat kenyataan bahawa hubungan mereka sekadar teman biasa.

Selain berkawan baik dengan Jue, Syafiq juga mengakui dia mempunyai hubungan yang akrab dengan dua orang pelakon wanita yang lain.

“Saya akui saya berkawan dengan Jue. Tapi saya rasakan hubungan persahabatan saya dengan Jue mendapat perhatian mungkin kerana saya kurang berkawan dengan artis wanita yang lain. Saya juga baik dengan Emma Maembong dan Hanis Zalikha, tapi orang kaitkan saya dengan Jue. Sejujurnya, kami hanya berkawan sahaja,” katanya memetik laporan portal Gua.

Sementara itu, dalam perkembangan seninya, pemilik nama sebenar Syafiq Shamim Abdul Razak kini sedang sibuk dengan program Liga Lawak Selebriti (LLS) yang menghimpunkan barisan selebriti terkenal seperti Iqram Dinzly, Kamal Adli, Fizz Fairuz dan Didie Alias.

Selain itu, kelibat pelakon berusia 21 tahun ini  juga boleh dilihat menerusi siri popular Astro Oasis, Tanah Kubur.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment