Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 26, 2013

No Comment

KUCHING – Sebanyak 12,338 buah rumah pelbagai jenis telah dibangunkan pemaju di seluruh Sarawak sepanjang tempoh setahun iaitu dari 30 Sept 2012 sehingga 30 Sept lepas.

Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 1,734 unit atau 16 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2011 dan 2012.

“Kawasan Kuching-Samarahan merangkumi kira-kira 60 peratus daripada bilangan pembangunan perumahan keseluruhan di Sarawak. Lain-lain kawasan utama seperti Miri, Sibu dan Bintulu masing-masing merangkumi 16 peratus, 10 peratus dan 9 peratus bilangan rumah yang dibangunkan.

“Selebihnya lima peratus adalah pembangunan di kawasan lain di seluruh Sarawak,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Abang Johari berkata secara amnya, harga rumah di Sarawak telah menunjukkan peningkatan secara sederhana antara dua peratus hingga 15 peratus dalam tempoh dua tahun yang lepas dan kenaikan itu dikesan berbeza mengikut jenis, reka bentuk dan lokasi rumah.

“Sebagai contoh, bagi kawasan Kuching, Pusat Maklumat Hartanah Kebangsaan (NAPIC) melaporkan bahwa harga unit teres satu dan dua tingkat serta rumah berkembar setingkat dan dua tingkat di lokasi utama seperti Tabuan Jaya, Tabuan Heights dan Matang Jaya, naik antara 3.0 peratus hingga 15 peratus.

“Di Samarahan pula, penyiapan kompleks membeli-belah dan kewujudan beberapa institusi pengajian tinggi telah menyumbang kepada kenaikan harga rumah antara 11.4 peratus hingga 13.3 peratus di kawasan sekitar. Sementara di Miri, harga hartanah serupa menyaksikan kenaikan antara 2.1 peratus hingga 14.8 peratus,” katanya.

“Berdasarkan prestasi jualan, NAPIC melaporkan bahawa sebanyak 1,657 unit kediaman telah dilancarkan sepanjang separuh pertama tahun 2013 dengan 731 unit atau 44.1 peratus telah dijual. Prestasi jualan ini amat menggalakkan dan menunjukkan trend peningkatan berbanding tempoh sama tahun 2012 (21.3 peratus) dan separuh tahun kedua 2012 (29 peratus).

“Selain itu, dari segi unit tidak terjual dalam tempoh 9 bulan pertama projek dilancar, hanya 535 unit iaitu RM103.19 juta belum dijual.

“Keadaan ini adalah lebih baik berbanding rekod bagi tempoh separuh pertama tahun 2012 (791 unit) dan separuh kedua 2012 (611 unit),” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment