Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 26, 2013

No Comment

ATLET Australia yang pernah memenangi kejuaraan dunia baru-baru ini, Sarah Teelow terbunuh selepas terjatuh ke dalam air pada kelajuan tinggi sewaktu perlumbaan di Sungai Hawkesbury, Australia, Ahad lalu.

Dia yang mengalami kecederaan parah di kepala dan tulang belakang segera dikejarkan ke hospital selepas kejadian, memetik laporan BBC News.


Bagaimanapun, Teelow akhirnya menghembuskan nafas terakhir pagi semalam.

Kehilangan atlet itu nyata satu kehilangan besar buat peminat sukan ski air Australia dan pihak Ski Racing Australia menyifatkan gadis itu sebagai ‘pencabar muda paling lengkap’.

Sementara itu, pihak University of Technology in Sydney menyifatkan kematian Teelow itu sebagai satu kekecewaan, namun berbangga kerana dia merupakan pelajar yang sangat menyerlah.

Kes kemalangan itu masih dalam siasatan dengan kerjasama polis dan pihak berkuasa maritim.

Pada September lalu, Teelow memenangi Kejuaraan Dunia Lumba Ski Air di Sepanyol dalam kategori Formula 2.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment