Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

NILAI – Sekumpulan 40 murid dan guru mengalami detik cemas apabila bas sekolah yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik dalam kejadian di Km 46.4 Lebuhraya Elite dekat sini awal hari ini.

Dalam kejadian 1.30 pagi berhampiran persimpangan Nilai-Bangi Lebuhraya Utara-Selatan itu, bas terbabit dipercayai hilang kawalan ketika menghampiri simpang berkenaan sebelum terbabas dan terbalik di tepi jalan.

Menurut jurucakap polis kejadian turut menyebabkan sebuah lori yang membawa muatan sayur-sayuran yang mengekori turut terbabas dan terbalik apabila cuba mengelak bas berkenaan.

Bas itu dipercayai dalam perjalanan dari Langkawi menuju ke Serkam, Melaka, manakala lori tersebut menuju ke Singapura, kata jurucakap itu ketika dihubungi Bernama.

Ekoran kejadian, 16 penumpang bas dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk rawatan dengan 15 dirawat sebagai pesakit luar dan seorang dimasukkan ke dalam wad, katanya.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Yusoff Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan polis sedang menyiasat punca kemalangan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment