Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel berkata tindakan perobohan yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman tidak boleh dianggap sebagai merobohkan kuil itu.

Ini kerana katanya kerja-kerja meroboh hanya membabitkan gerai dan bahagian sisi kuil.

“Saya terima macam-macam laporan bahawa kuil itu dirobohkan. Akan tetapi hanya gerai dan bahagian tepi sahaja yang dirobohkan. Bangunan kuil itu sendiri tidak diusik,” katanya kepada pemberita selepas 
merasmikan Persidangan mengenai Perhutanan dan Penyelidikan Produk Hutan 2013, di sini hari ini.

Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar diminta mengulas mengenai laporan media bahawa kuil yang terletak berdekatan Jalan P Ramlee di sini itu dirobohkan pagi semalam.

Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman itu dibina pada 1911. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment