Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 24, 2013

No Comment

JAKARTA – Dua beradik yang juga ahli perniagaan, Budi dan Michael Hartono dinamakan sebagai individu terkaya di Indonesia dengan kekayaan bernilai Rp175 trilion (US$15 bilion), lapor majalah Forbes.

Mereka merupakan pemegang saham terbesar Bank Central Asia, jaringan bank swasta terbesar di Indonesia.

Kekayaan mereka juga terhasil menerusi industri rokok Djarum yang beroperasi di Kudus, Jawa Tengah.


Kedudukan kedua dipegang oleh Eka Tjipta Widjaja yang merupakan pemilik kumpulan Asia Pulp and Paper (APP), manakala keluarga Salim yang mengendalikan perniagaan Anthony, berada di tangga ketiga.

Menurut Forbes, Eka Tipta mempunyai kekayan sehingga US$7 bilion (Rp82 trilion), yang hampir sama dengan tahun lalu dan membuatkannya bertahan di posisi kedua.

Sementara itu, kekayaan Salim naik dari tahun sebelumnya menjadi US$6.3 bilion (Rp73 trilion).

Individu terkaya Indonesia lain termasuk keluarga Susilo Wonowidjojo (Gudang Garam), Chairul Tandjung (Kumpulan Para dan Trans Corp), Sri Prakash Lohia (Indorama), Keluarga Boenjamin Setiawan (Kalbe Farma), Peter Sondakh (Kumpulan Rajawali), Keluarga Mochtar Riady (Kumpulan Lippo) dan Sukanto Tanoto (Kumpulan APRIL).

Dalam senarai individu terkaya 11 hingga 50 pula terdapat nama-nama popular.

Antaranya ialah Putra Sampoerna (Sampoerna, ke-11), Ciputra (Pembangunan Jaya, ke-23), serta Kusnan dan Rusdi Kirana (Lion Air, ke-29).

0 comments:

Post a Comment