Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 25, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad (AirAsia) mengadakan Kempen Tempat Duduk Percuma kepada orang ramai bermula hari ini hingga 1 Disember depan.

AirAsia dalam satu kenyataan media memberitahu, kempen tersebut menawarkan sebanyak 3 juta tempat duduk percuma penerbangan.

“Sebanyak 3 juta tempat duduk percuma ini boleh mula ditempah melalui www.airasia.com bermula hari ini hingga 1 Disember 2013.

“Tempat duduk bermula dari sifar tambang asas dengan cukai serta bayaran yang tertakluk bermula daripada RM26 sehala,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Kempen Tempat Duduk Percuma AirAsia menawarkan tambang rendah bagi semua destinasi termasuk destinasi baharu seperti Nagoya, Adelaide, Male, Colombo dan Busan.

Kata kenyataan itu, orang ramai boleh membuat tempahan secara dalam talian bagi menikmati harga rendah bermula RM169 bagi ekonomi dan RM699 bagi premium dari Kuala Lumpur.

Tambah kenyataan itu, antara penerbangan domestik dalam kempen itu seperti Langkawi, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Bintulu, Tawau dan Labuan.

Justeru, Kempen Tempat Duduk Percuma tersebut dijangka dapat merancakkan perlancongan dalam negara bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Manakala, penerbangan destinasi antarabangsa yang termasuk dalam kempen itu adalah Singapura, Jakarta, Bandung, Bangkok, Hatyai, Surat Thani, Manila, Cebu dan Phnom Penh.

0 comments:

Post a Comment