Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 25, 2013

No Comment

SHAH ALAM – Kos penyelenggaraan serta pengurusan sampah terkini di semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor mencecah RM343.77 juta, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri Datuk Teng Chang Khim.

Kos itu melibatkan bayaran gaji dan penggunaan peralatan, dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya mencatat kos paling tinggi iaitu sebanyak RM69 juta, katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Teng berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Sulaiman Razak (BN-Permatang) yang meminta kerajaan menyatakan kos penyelenggaraan sampah terkini mengikut PBT dari segi bayaran gaji dan peralatan.

Beliau berkata kos pengurusan sampah dan penyelenggaraan untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya ialah RM60.2 juta, Majlis Bandaraya Shah Alam (RM50.5 juta), Majlis Perbandaran Selayang (RM40 juta), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (RM38 juta), Majlis Perbandaran Kajang (RM20 juta) dan Majlis Perbandaran Klang (RM20.1 juta).

Majlis Daerah Hulu Selangor (RM19.6 juta); Majlis Daerah Kuala Langat (RM17.6 juta); Majlis Perbandaran Sepang (RM7.9 juta); Majlis Daerah Kuala Selangor (RM3.7 juta) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (RM161,000).

Teng berkata tahap penyelenggaraan sampah di semua PBT adalah baik berikutan aduan mengenai sampah tidak dikutip semakin berkurangan kerana adanya pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan.

“Jika ada aduan ia disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya terdapat orang atau pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya dan terjadinya tapak pembuangan sampah haram,” katanya.

Beliau berkata kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan awam di kawasan PBT dilakukan oleh pekerja kontraktor yang dilantik dan dibahagikan mengikut kawasan-kawasan tertentu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment