Tiga kali berturut-turut menyandang trofi Vokal Terbaik menerusi anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL), penyanyi Hafiz Suip mengakui sedikit tertekan apabila lagu nyanyiannya sekali lagu berjaya melangkah ke peringkat akhir AJL ke 28.
Mengakui tidak meletakkan harapan tinggi, namun Hafiz menyatakan mungkin sudah tertulis rezeki lagu Bahagiamu Deritamu ciptaan LY dan Baiduri.
“Nampaknya, masih menjadi rezeki saya untuk melangkah ke peringkat akhir buat kali ini.
“Saya akui dengan adanya pengalaman bertanding sebelum ini, saya rasa lebih tertekan. Tidak mengapa, sebab ia mengajar saya berhati-hati,” katanya yang dipetik menerusi akhbar Berita Harian, hari ini.
Selain Hafiz, lagu nyanyian Najwa Latif, Jaclyn Victor, Hyper Act, Alyah, Stacy turut tersenarai sebagai finalis AJL ke 28 yang akan diadakan pada Januari depan.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment