Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 25, 2013

No Comment

SELEPAS peminat kucing digemparkan dengan kematian seekor kucing unik bernama Hero atau pun dikenali sebagai Abam Iyo kerana leukimia semalam, timbul satu kontroversi baru.

Presiden Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) Sharul Nizam Ab Rahim dalam satu surat semalam yang mengkritik tindakan tuan Abam Iyo yang dilihat berlebih-lebihan dalam menyayangi kucingnya sehingga memberi gelaran sama kepada manusia untuk kucingnya.


Tuan Abam Iyo yang dikenali sebagai Papa Hero dilihat menggelarkan kucing yang mati semalam sebagai arwah, jenazah serta turut mensedekahkan Al-Fatihah kepada kucing berkenaan serta ditanam di Tanah Perkuburan Islam berdekatan dengan kubur ibunya.

Penulis merujuk kepada pendakwah Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar untuk mendapatkan kepastian dan penjelasan kepada isu ini kerana bagi penulis jelas ada perbezaan darjat antara manusia dan haiwan yang telah diangkat oleh Allah S.W.T untuk membezakan kedua-dua makhluk itu.

Menurut Tuan Asmawi “Manusia dan haiwan adalah kedua-duanya makhluk Allah, namun manusia Allah muliakan darjat berbanding haiwan, justeru tidak boleh,” katanya.

Setelah dikaji, penulis melihat budaya mengagung-agungkan haiwan selepas mati ini berasal daripada barat apabila mereka terlalu menyayangi haiwan peliharaan mereka sehingga sanggup membina kuburan dengan tanda jelas tempat haiwan itu ditanam selepas mati.

Di Malaysia juga, ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengebumian untuk haiwan peliharaan untuk kucing dan anjing sahaja melibatkan penyediaan keranda dan sebagainya dan jelas ia berasal dari barat.

Pada pendapat penulis, tak salah menyayangi kucing dengan sepenuhnya tetapi tidak perlulah sampai tahap memanggilnya dengan gelaran arwah, sedekahkan Al-Fatihah dan juga menggelarkan bangkainya sebagai jenazah kerana itu telah dikhaskan untuk manusia yang mana darjatnya lebih tinggi dari haiwan.

Mengikut amalan Islam, cukup hanya dengan menanam bangkai haiwan di dalam tanah daripada dibuang merata-rata tetapi tidaklah sampai dibalut dengan kain seakan kafan dan juga diletakkan tanda seakan kubur untuk diingati.

Di laman Facebook kucing Abam Iyo iaitu KakiMotong Fan Club, Sharul Nizam dikecam hebat ekoran tindakannya menegur perbuatan Papa Hero dan menuduhnya tidak memahami perasaan mereka yang membela kucing.

Apapun tindakannya, manusia sekarang dilihat jelas sudah terikut-ikut budaya dari barat bukan sahaja dalam bab menyayangi haiwan tetapi juga bab lain terutamanya dalam bab hiburan dan berfesyen.

Oleh : PAPA DIVA

0 comments:

Post a Comment