Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 25, 2013

No Comment

Setelah empat tahun berusaha untuk menempatkan lagu nyanyian serta ciptaannya di Anugerah Juara Lagu (AJL), akhirnya penyanyi Akim Ahmad mengambil keputusan untuk tidak menyertai AJL pada tahun akan datang.

Pada peringkat separuh akhir AJL ke 28, dua lagu yang dipertaruhkan Akim tidak tersenarai di antara 12 lagu terbaik untuk bergelar finalis anugerah tersebut.

Dua lagu tersebut ialah Menunggumu dan Kembali, duetnya bersama Stacy.

Akim menulis di laman Twitternya, “tahun keempat, hanya mengisi tempat separuh akhir sahaja. Tahun depan tak kot”.

“Bukan mengalah, tapi cuma tak nak masuk untuk tahun hadapan je,” katanya.

Mungkin ketika menulis status itu, Akim masih berasa dalam keadaan kecewa apabila mengenangkan dua lagu nyanyiannya tiada satu pun dipilih oleh juri profesional yang mengadili pemarkahan untuk program tersebut.

Tak mengapalah Akim mungkin bukan rezeki awak untuk melangkah ke final AJL tahun ini.

Cuba lagi tahun depan, jangan mudah mengalah ya Akim!


Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment