Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 24, 2013

No Comment

ARSENAL menjarakkan kelebihan empat mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Southampton 2-0 di Stadium Emirates, malam tadi tatkala pasukan tangga kedua, Liverpool sekadar seri 3-3 dengan Everton di Goodison Park.

Kemenangan itu membolehkan Arsenal mengumpul 28 mata selepas 12 perlawanan berbanding 24 mata diraih Liverpool yang kini terikat mata dengan Chelsea yang naik ke tangga ketiga memintas kedudukan Southampton selepas menewaskan West Ham 3-0 di tempat lawan.

Di Stadium Emirates, kesilapan penjaga gol Southampton, Artur Boruc menghadiahkan gol pertama Arsenal yang disudahkan Olivier Giroud pada minit ke-22 sebelum penyerang dari Perancis itu mengesahkan kemenangan tuan rumah apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-86.

Di Goodison Park, Liverpool yang dua kali mendahului Everton nyaris mengalami kekalahan sebelum diselamatkan jaringan penyamaan Daniel Sturridge pada minit ke-89.

Philippe Coutinho meletakkan Liverpool di hadapan seawal minit ke-5 sebelum disamakan Everton 1-1 menerusi jarngan Kevin Mirallas, tiga minit kemudian.

Liverpool sekali lagi mendahului 2-1 menerusi Luis Suarez pada minit ke-19 tetapi Everton membalas pula dua gol menerusi Romelu Lukaku pada minit ke-72 dan 82 sebelum Sturridge muncul penyelamat Liverpool untuk kedudukan 3-3.

Di Upton Park, dua jaringan Frank Lampard terhadap bekas pasukannya, West Ham sudah cukup untuk memberikan tiga mata penuh buat Chelsea.

Lampard menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21 disusuli gol kedua oleh Oscar minit ke-34. Kemenangan selesa milik Chelsea apabila Lampard menjaringkan gol ketiga pelawat pada minit ke-82.

Sementara itu, empat lagi perlawanan malam tadi menyaksikan Fulham tewas 1-2 kepada Swansea, Hull tewas 0-1 kepada Crystal Palace, Newcastle menewaskan Norwich 2-1 dan Stoke menewaskan Sunderland 2-0.

Dua lagi perlawanan bakal berlangsung malam ini, Manchester City bertemu Tottenham (9.30 mlm) dan Cardiff bertemu Manchester United (12 tgh mlm).

0 comments:

Post a Comment