Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 18, 2013

No Comment

LANGKAWI – Asean mempunyai potensi untuk muncul sebagai ekonomi terbesar dunia menerusi rejim harta intelek (IP) yang kukuh, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek.

Beliau berkata kerjasama erat antara negara, serta, rakan dialog Asean akan menjadikan Asean rantau dinamik dengan pelbagai kekuatan.

“Saya yakin kerjasama berterusan dengan rakan dialog dan Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) akan menyumbang kepada transformasi kolektif Asean dan mendekatkan lagi rantau ini kepada matlamat strategiknya,” katanya pada majlis pembukaan Kumpulan Kerja Asean bagi Kerjasama Harta Intelek (AWGIPC) ke-2, di sini, hari ini.

Mesyuarat lima hari itu yang dianjurkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), dihadiri kira-kira 50 peserta dari 10 negara Asean.

Hasan berkata negara-negara Asean mendapat manfaat daripada pelbagai program dan aktiviti dengan sokongan teknikal serta kewangan rakan dialog iaitu Australia, New Zealand, China, Jepun, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Beliau mengulangi komitmen Malaysia dalam merealisasikan Pelan Tindakan 2011-2015 Hak Harta Intelek (IPR) Asean dan menggerakkan Komuniti Ekonomi Asean menjelang 2020.

“Pelan Tindakan IPR Asean 2011–2015 mencerminkan objektif baharu Asean dan menggariskan 28 inisiatif untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun dan beberapa inisiatif telahpun menunjukkan perkembangan positif,” katanya.

Kerjasama Asean dalam lapangan IPR telah berkembang sejak 17 tahun lepas bermula dengan laporan tetap mengenai pematuhan negara anggota kepada Aspek Berkaitan Perdagangan perjanjian Hak Harta Intelek.

Hasan berkata, kerjasama Asean kini menumpukan kepada pengukuhan kerjasama serantau dan menambah baik kapasiti dan penyertaan Asean dalam struktur IP global.

“Peningkatan nilai modal intelek dan aset tidak ketara merupakan antara faktor yang akan menggerakkan IP daripada bahagian luar ke pusat ekonomi,” katanya sambil menambah Asean akan kekal sebagai peserta aktif dalam komuniti IP antarabangsa.

Beliau juga berbangga Malaysia tidak berada dalam senarai laporan Watch List Special 301 United States Trade Representative (USTR) bagi tahun kedua.

“Malaysia telah melaksanakan pendekatan untuk memerangi cetak rompak, serta pengeluaran dan penjualan barang tiruan di negara ini.

“Antara langkah penguatkuasaan yang telah dilaksanakan termasuklah penubuhan pasukan petugas khas dan unit penyiasatan forensik Internet, unit anjing dan pemeriksaan premis,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment